DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM
TAJUK: SETIAP KAUM MEMPUNYAI PANTANG LARANG TERSENDIRI. BINCANGKAN DARI SUDUT SOSIOBUDAYA DAN AGAMA
TAJUK: SETIAP KAUM MEMPUNYAI PANTANG LARANG TERSENDIRI. BINCANGKAN DARI SUDUT SOSIOBUDAYA DAN AGAMA
NAMA PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI NAWAWI
02DLS16F2020
|
|
SESI DISEMBER 2018
ISI
KANDUNGAN
1.0
|
Pendahuluan
|
2.0
|
Pantang larang dari sudut kaum Melayu.
2.1 Kehamilan dan kelahiran.
2.2 Perkahwinan kaum Melayu.
2.3 Pantang larang semasa perayaan.
2.4 Pantang larang terhadap
lelaki & perampuan.
|
3.0
|
Pantang larang dari sudut kaum India.
3.1 Selepas kelahiran
3.2 Perkahwinan kaum India.
3.3 Pantang larang semasa perayaan.
3.4 Pantang larang memotong
rambut
|
4.0
|
Pantang larang dari sudut kaum Cina.
4.1 Kehamilan
4.2 Perkahwinan kaum Cina.
4.3 Pantang larang perayaan.
|
5.0
|
Pantang larang dari sudut kaum Kristian
5.1 Perkahwinan kaum Kristian.
5.2 Pantang larang semasa perayaan
5.3 Konsep etika dan moral agama Kristian
|
6.0
|
Pantang larang dari sudut kaum Sikh
6.1 Kehamilan dan kelahiran
6.2 Perkahwinan kaum Sikh
6.3 Pantang larang semasa kematian
|
7.0
|
Kesimpulan
|
8.0
|
Rujukan
|
9.0
|
Lampiran
|
1.0
PENGENALAN
Malaysia
merupakan salah satu Negara yang berbilang kaum yang dapat menjalani hidup
dengan aman dan harmoni. Antara tiga kaum yang utama di Malaysia iaitu Melayu,
Cina dan India telahpun menetap di tanah ini pada abad lamanya. Selain itu,
Malaysia juga merupakan tanah air sebanyak 80 etnik, terutamanya di Malaysia
timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Khadazandusun, Iban dan lain-lain.
Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu
zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang
larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana
ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua
dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang
diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat
yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan
mati adat.”
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua
bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa
kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.
Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan
hari ini.
Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk
kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan
dan juga semasa menganudung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh
nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa
sihat dan cergas.
Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India
mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung
tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza.Inilah
menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.
PANTANG LARANG KAUM DI MALAYSIA
2.0 KAUM MELAYU
Pantang larang orang Melayu
tradisional merupakan
kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek
moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun.
Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya
generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh
diamalkan di dalam kehidupan.
2.1 Kehamilan dan kelahiran
·
Dilarang
mencaci atau meceritakan kecacatan, dikhuatiri anak bakal lahir juga akan
mengalami cacat.
·
Dilarang memukul,
mendera atau mencederakan binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir
mengalami kecacatan.
·
Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih
binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir akan sumbing.
·
Dilarang
melihat sesuatu yang ganjil, takut akan terkenan.
·
Dilarang
makan sotong, nanti tali pusat anak boleh tercerut.
·
Dilarang
minum air tebu dan kelapa serta memakan nenas, ia boleh menyebabkan gugur.
2.2 Perkahwinan kaum Melayu
·
Jangan
keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelak
berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu.
Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan
membuatkan wajah pengantin lebih berseri .
·
Jangan
tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu sihir. Ia juga untuk menjaga nama
baik keluarga.
·
Jangan
bebas keluar ke mana-mana kerana:
1. Takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak
baik.
2. Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum
agama.
3. Untuk menghalang dari melakukan perkara tidak baik
semasa dalam tempoh pertunangan.
·
Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik
pelamin mengelakkan perut buncit.
Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering kerana mempunyai
bau yang kuat. Dibimbangi akan berbau yang tidak enak semasa berhadapan dengan tetamu.
Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri
dari perkara sihir.
·
Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya
dalam sungai, kolah. Boleh melemahkan organ seks.Terdapat hadis dalam perkara
ini.
Elakkan minum air bergas kerana
ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.Minuman
bergas tidak baik untuk kesihatan. Kurangkan makan makanan yang manis kerana
jika terkena kencing manis, lelaki tersebut menghadapi masalah berat
ketika bersama.
2.3 Pantang larang semasa perayaan
Pantang Larang Hari Raya Aidilfitri
·
Dilarang
membazir dan bebelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan
tuntutan agama itu sendiri.
·
Memakai
pakain bersih, cantik, dan juga wangi wangian.
·
Umat
Islam yang kehilangan saudara mara Akan menziarahi pusara mereka dan
menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
·
Berkunjung
ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan
kisah silam yang lampau.
·
Memasang
pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
·
Pemberian
wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.
·
Mengadakan
rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
·
Membuat
dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang dan
berbagai-bagai jenis makanan.
Raya Aidiladha
·
Melakukan
ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan daging korban kepada fakir miskin dan
juga orang ramai.
·
Mengenakan
pakaian bersih, cantik dan memakai wangi-wangian.
·
Melawati
kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
·
Disambut
dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.
2.4 pantang larang terhadap
lelaki & perempuan
Pantang Larang Ke Atas Lelaki.
·
Dilarang
bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
·
Dilarang
kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
·
Dilarang
mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
·
Dilarang
tidur di tengah padang, nanti emak mati.
·
Dilarang
ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
2.1.6 Pantang Larang Ke Atas
Perempuan
·
Dilarang
menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
·
Dilarang
menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
·
Dilarang
memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
·
Pantang
bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
·
Dilarang
makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.
3.0 KAUM
INDIA
3.1
Selepas kelahiran
Membawa bayi pulang ke
rumah (Upacara aarati) sireh. Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur
sirih yang dicairkan arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan
diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam.
Dulang juga dilambai
sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke
dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Selain itu, mandi
selepas bersalin. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi
dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia
bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan
sebagai bahan utama melembutkan kulit bayi.
Akhirnya, mendodoi bayi
ia adalah amalan yang merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat
India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud
penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau
cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang
berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan
oleh generasi dahulu sahaja.
3.2
Perkahwinan kaum India
Perkahwinan
kaum India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil
tirumanam, eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam. Terdapat banyak adat dan
pantang larang perlu diikut oleh kaum India semasa perkahwinan.
Pantang
larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika
merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin
perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.
Selain
itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan
dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan, jika terdapat kesilapan
bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Jika
jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh
dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan
terutamanya daging lembu, kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
3.3 Pantang larang semasa perayaan
Deepavali
Hari
Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh
dunia. Perkataan deepavali merupakan gabungan perkataan ‘Dipa’ yang berarti
cahaya dan perkataan ‘Gavali’ yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada
hari ke 14 bulan Aipasi dalam calendar Tamil (antara bulan oktober dan
November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’,’kemenangan’
dan ‘kebahagian’.
Pada
petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam
bersama dengan pelbagai jenis makanan dihidangkan tradisi kaum India. Pada
waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli
keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi
segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang
telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa
maksud yang mandalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia
ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
Pada
pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit
untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dan membersihkan diri.
Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala
setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek.
Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di sungai
Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.
Selepas
mendi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan
oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih
bermaksud kesedihan. Selepas itu, barulah bersalam dan memohon maaf dengan
kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di
kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga yang telah meninggal
dunia.
3.4 Dilarang
memotong rambut pada hari selasa, khamis dan sabtu
Ini
adalah kerana orang-orang tua percaya bahawa pada hari-hari tersebut, planet
memancarkam sinar yang boleh mengahayakan kesihatan dan kesejahteraan
seseorang. Ia dikatakan bahagian otak manusia memainkan peranan penting bagi
kita, dan mengikut kepercayaan, memotong rambut pada hari-hari dimana sinar
akan dipancarkan mempunyai kesan negatif ke atas kepala.
Sila
rujuk perkara di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai signifikasi
hari-hari tersebut dari segi konteks agama dan sudut astrologi.
·
Hari selesa
~
Agama: sekiranya ada
memotong rambut pada hari selasa, jangka hayat hidup anda dipendekkan sebanyak
8 bulan.
·
Hari Khamis
~
Khamis merupakan hari
Dewi Lakshmi (Dewi Kekayaan). Sekiranya anda memotong rambut pada hari ini,
anda akan sentiasa tidak mempunyai wang yang cukup.
·
Sabtu
~
Sabtu merupakan hari
planet Zuhai, yang menandakan kematian serta meningkatkan kehidupan. Memotong
rambut anda pada hari ini akan menyebabkan anda berisiko kehilangan 7 bulan
dari jangka hayat hidup anda.
Si ‘Mata Jahat’
Anda
pernah melihat buah limau dan cili diikat bersama di pintu hadapan rumah
jiran-jiran anda? Itulan Nimbu-Mirchi-Totka dan ia digunakan untuk
menghindarkan ‘mata jahat’, yang boleh membawa aura negative kedalam rumah.
Adalah
dipercayai bahawa Nimbu-Mirchi-Totka digunakan untuk menghalang dewi Alakshmi
(kakak kepada dewin Lakshmi) daripada berada dekat dengan rumah kerama dia
dipercayai membawa kemiskinan dan kesengsaraan. Dia juga suka akan benda yang
masam, berperisa kuat dan pedas. Limau dan cili yng diikat diluar adalah untuk
mengalihkan perhatian Dewi Alakshmi dan juga supaya dia beredar dari rumah
tanpa mengutuskan ‘mata jahat’ ke dalam rumah.
4.0
KAUM CINA
Masyarakat
Cina mempunyai pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka
dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekililing mereka banyak bergantung
kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang titik mempunyai peranan yang besar
sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.
4.1 Pantang Larang ibu Cina
Semasa mengandung
1. Dilarang makan daging
arnab
Jika
memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
2. Dilarang makan daging
anjing.
Jika
memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa menyusui bayi.
3. Dilarang makan daging
ayam jantan.
Barulah
bayi tidak menangis pada tengah malam.
4. Dilarang makan ketam.
Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air
liuh.
5. Dilarang makan makanan
yang bersifat sejuk. Seperti ais-krim, tembikai.
Kemungkinan membawa kepada masalah
keguguran bayi.
6. DIlarang mengambil
gunting atau penyepit kuku
Bayi yang dilahirkan Akan mengalami
kecacatan.
7. Dilarang mengangkat
tangan melebihi paras bahu.
Ibu tidak mudah mengimbangi diri.
8. Dilarang tepuk bahu ibu.
Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan
keguguran bayi.
9. Dilarang menyidai baju.
Kononnya akan mengakibatkan keguguran
bayi.
10. Dilarang menghadiri
upacara perkahwinan.
Upacara
perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.
4.2 Perkahwinan Orang
Cina
·
Bakal
pengantin tidak digelakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan
sebelum dan selepas majlis perkahwinan.
·
Hiasan
dalam majlis perkahwinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih,biru
tua,hitam dan hijau.
·
Dalam
bilik pengantin baru, katil meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan
yang biasan dan bukannya sudut bilik.
·
Nombor
genap sering digunakan dalam majlis perkahwinan. Menurut kepercayaan orang
cina, majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yaqng ditetapkan adalah
perkahwinan yang tidak sah.
4.3 Pantang larang semasa perayaan
Pantang Larang Tahun Baru Cina
Walaupun
kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap
diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan
mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang
zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang
larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pantang
larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa
mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia
boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yangada.
Masyarakat
Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang
digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan
sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.
Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum
hari Tahun Baru Cina paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan
perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul
bagi merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka rasa bahawa walau
sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun
urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.
Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak
digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan
mati, hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina
mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.
Mereka masih mengenakan pakaian berwarna merah dan
mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut
sesuatu perayaan, untuk kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi
orang cina.
Selain itu, pemberian angpau masih tetap
diamalkan iaitu bagi pasangan yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan
angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.Malah, sekiranya
individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap
akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak,
bergantung kepada individu-individu.
Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk
membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak
beradab.Baginya saya, walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu,
perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh
dipandang rendah.Adat resam yang diperturunkan patut mengekalkan dan memberi
tahu kepada generasi yang akan datang.
5.0 KAUM IBAN
Pantang Larang Sewaktu Mengandung
Pantang Larang Sewaktu Mengandung
- tidak
dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri
berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan.
- dilarang
menggali parit dikawasan padi atau dimana mana sahaja
- dilarang
memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat.
- dilarang
membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan.
- bakal
ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana
dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah.
- tidak
boleh memikul batu bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh
- Sebaik sahaja bayi dilahirkan , ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga
- bayi dibersihkan bayi akan dibalut atau dibedung menggunakan kain khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain yang di sulam.
- Si ibu akan diurut oleh bidan, bertujuan menghilangkan kesakitan selepas bersalin. Seterusnya ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain yang di perbuat daripada kulit kayu akan di sapu pada badan si ibu
- Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari dan berdiang selama 40 hari. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur. Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan halia bagi memanaskan badan si ibu.
- Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api. Unggun api perlu menggunakan kayu api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal ini demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Sepanjang tempoh 40 hari ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penandahari. Tujuan bersalai adalah menghilangkan penyakit ibu yang baru bersalin
Adat
Pemilihan Nama Kepada Bayi
- Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. Seekor ayam jantan akan dilepaskan supaya memagut salah satu gumpalan nasi. Hal ini bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagutoleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.
Adat
Perkahwinan
1) Merisik
- seorang teruna telah berkenan pada seorang
gadis, dan keluarga lelaki akan datang merisik ke rumah gadis berkenaan.
- Perjumpaan antara dua keluarga ini dipanggil
sebagai ‘berbunga-bunga’ atau ‘berjarum-jarum’.
- mereka akan berbincang dalam menentukan
syarat-syarat perkahwinan dan berian.
- Keluarga pihak lelaki akan menghantar
rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan ini baik dan menggalakkan.
2) Bertunang
- dilangsungkan dengan cara bapa pihak lelaki akan menanggalkam “lapit” atau ikat pinggang atau turut dikenali sebilah pedang sebagi tanda ikatan pertunangan.
- Setelah ikatan pertunangan terjalin, perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan untuk menerima kunjungan dari lelaki lain.
- sebentuk
cincin dipakai oleh pasangan dan harus sentiasa dipakai.
Pantang
Larang Ketika Makan
- seseorang
harus menjaga kebersihan diri dan tangan.
- mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan
- selepas makan mereka dilarang tidur dan mandi
Pantang
Larang Ketika Tidur
- mereka dilarang menunjuk dahan reput di atas pokok
- dilarang
tidur dikawasan terlalu bersih atau terlalu cantik kerana percaya kawasan itu berpenunggu
Pantang
Larang Untuk Sukan
- tidak dibenarkan mandi selepas bersukan
Pantang
Larang Budaya Mengurut
- dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran
Adat
Kematian Masyarakat Iban
- mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya.
- pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudian mayat diletakkan di tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.
- seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.
- sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang-orang tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang
- Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai.
- Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu.
6.0
KAUM SIKH
6.1
Pantang larang semasa
kehamilan dan kelahiran
a) Mengandung
Bagi
masyarakat Sikh apabila seseorang wanita itu mengandung ia perlu mengikut
segala pantang larang yang terdapat dalam masyarakat mereka untuk menjaga
keselamatan ibu dan kamdungannya. Antara pantang larang yang dikatakan adalah
seperti berikut :
·
Ibu
mengandung tidak dibenarkan makan buah yang berkembar kerana dikhuatiri boleh
menyebabkan mendapat anak kembar. Mendapat anak kembar bukanlah suatu pantang
larang di dalam masyarakat Sikh tetapi kelahiran anak kembar besar kemungkinan
akan mendatangkan beban kepada sesetengah keluarga terutamanya keluarga yang
susah.
·
Ibu
mengandung juga tidak dibenarkan memegang objek tajam seperti pisau atau
gunting dan tidak boleh memotong apa- apa ketika gerhana matahari. Mengikut
kepercayaan mereka, perbuatan tersebut boleh menyebabkan anak lahir dalam
keadaan calar- balar di muka dan tidak cantik.
·
Mengikut
kepercayaan kaum Sikh, selepas kelahiran sekiranya anak itu tidak berhenti
menangis, keluarganya perlu ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk
menghentikan tangisan.
·
Hari
lahir pula tidak boleh disambut sebelum tarikh lahirnya, mesti disambut selepas
atau pada hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan pendek umur.
b) Kelahiran Bayi
Apabila
lahirnya seorang bayi, ia juga terdapat pantang larang yang perlu diikuti. Hal
ini kerana ingin menjaga kesihatan anak-anak mereka serta ia merupakan amalan
yang perlu dilakukan oleh setiap penganut punjabi. Antara amalan-amalannya
ialah :
·
Pemberian
nama merupakan upacara penting yang dikenali sebagai Naamkaran. Bayi yang baru
lahir akan diberi nama setelah Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri
Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut
huruf pertama di dalam muka surat tersebut.
·
Nama
akhir atau nama belakang penganut Sikh adalah sama, berbeza hanya mengikut
jantina iaitu Singh bagi lelaki manakala Kaur bagi perempuan. Singh bermaksud
‘Singa’ manakala Kaur memberi maksud ‘Puteri’.
·
Apabila
seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun, satu
upacara akan dijalankan iaitu upacara pemakaian serban. Upacara ini dipanggil
Dastar Bandhni lazimnya dilakukan oleh para agama Sikh yang dipanggil Granthi
atau ketua masyarakat.
·
Bagi
kaum lelaki mereka tidak dibenarkan memotong rambut. Jika dipotong ia adalah
satu kesalahan dalam agama mereka dan dianggap berdosa.
6.2 Perkahwinan
kaum Sikh
Dalam
adat perkahwinan pula, terdapat amalan yang perlu diikuti oleh masyarakat Sikh
supaya perkahwinan mereka akan berjalan dengan lancar dan sempurna serta ia
menjaga ikatan perkahwinan yang terjalin antara kedua keluarga.
·
Perkahwinan
adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan
antara manusia dengan Tuhan iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap
penganut Sikh.
·
Mengikut
adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan belanja yang banyak
bukan sekadar membayar dowri (hantaran) tetapi juga perlu menyediakan cincin
emas bukan sahaja untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibubapa pengantin lelaki
juga.
·
Proses
peminangan atau pemilihan jodoh juga bermula dengan pihak perempuan.
·
Ketika
upacara perkahwinan dilakukan, pasangan pengantin perlu berjalan mengelilingi
Kitab Guru Granthsahib sebanyak 4 kali.
·
Pihak
perempuan dan lelaki perlu menyapu kunyit pada mata, tangan dan kaki sebagai
menyuci atau membersihkan diri daripada kekotoran.
·
Benda
wajib yang perlu disediakan pada hari perkahwinan adalah sebentuk cincin.
·
Bagi
pengantin perempuan, di wajibkan untuk memakai pakaian yang berwarna merah dan
merah jambu sahaja.
6.3 Pantang larang semasa kematian
Kematian
ialah terpisahnya antara roh dan jasad bagi seseorang manusia. Dalam sesebuah
keluarga yang kehilangan saudara mereka, amalan yang perlu dilakukan adalah
seperti berikut:
- Masyarakat Sikh mengurus mayat dengan membakar mayat.
- Lelaki akan dipakaikan dengan pakaian putih dan serban.
- Perempuan dipakaikan baju pengantin dan disolek dengan cantik.
- Mayat yang telah dibakar akan dibiarkan sehari dan keesokannya baru dibenarkan untuk mengambil abu mayat.
- Abu mayat akan diletakan dalam bekas tanah liat dan dibalut dengan kain merah dan dilepaskan ke laut.
- Hari ke 10 atau 14 akan diadakan kenduri dan bacaan doa untuk si mati akan dibaca sepanjang kenduri diadakan.
7.0
KESIMPULAN
Berdasarkan
huraian sebelumnya kami dapat menyimpulkan beberapa hal iaitu sebagai berikut,
tujuan pantang larang diamalkan dalam masyarakat di Negara ini kerana untuk kesedaran kebersihan. Sebagai
buktinya, kewujudan sesetengah pantang larang adalah untuk memberikan kesedaran
kepada masyarakat dalam kehidupan seharian. Kesedaran kebersihan ini penting
kerana ia mampu menjejejaskan kesihatan
seseorang.
Selain
itu, Islam juga telah menetapkan dan mengatur batas-batas dalam pergaulan bebas
diantaranya dengan menjaga pandangan mata dan memelihara kehormatan (tajri). Islam
tidak mengaku dan mengatur tata cara seperti yang ada pada saat ini.
Walaupun
Negara kita terdiri daripada berbilang kaum, tetapi pantang larang yang
diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India adalah untuk satu tujuan iaitu untuk
kebaikan sendiri. Ini bermaksud, pantang larang perlu dipatuhi semasa
perkahwinan, perayaan, dan juga semasa hamil untuk mengelakkan sesuatu yang
malang berlaku.
Oleh
itu, pantang larang dan adat di antara kaum haruslah diteruskan kepada generasi
akan datang. Hal ini kerana, apabila pantang larang ini diteruskan ia akan
dapat membantu anak-anak dalam generasi pada masa akan datang. Ia juga dapat
memberikan pelbagai manfaat kepada mereka dan dapat mengekalkan pantang larang
tersebut ke generasi lain.
8.0
RUJUKAN
Religions of South Asia; Sushil Mittal, Gene
Thursby, New York, First Published 2006.
The Sacred Paths of The East; Theodore M. Ludwig, Prentice
Hall 2001.
9.0
LAMPIRAN
Keunikan
Masjid Putrajaya (MELAYU)
"kolam" rekaan burung merak
merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi (HINDU)
|