Monday, 7 January 2019


DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM

TAJUK: SETIAP KAUM MEMPUNYAI PANTANG LARANG TERSENDIRI. BINCANGKAN DARI SUDUT SOSIOBUDAYA DAN AGAMA

NAMA PENSYARAH: PUAN NORAINI BINTI NAWAWI

 NAMA AHLI KUMPULAN
 NO. PENDAFATARAN
 TUAN NUR SHAHIDA AFIQAH BINTI TUAN AHMAD
 02DLS16F1111
 NUR NAJWA NADZIHAH BINTI SHAMSUL KAMAL
02DLS16F2020
 SHIRIN NURANI A/P THAMILARAJAN 
02DLS16F2034 
 FARIZA HANI BINTI MOHD JOHAR 
02DLS16F2048 
 SANGEETHA A/P SACHITHANANTHAN
02DLS16F2050 
 RANJITA MURUGEN
02DLS16F2076 


SESI DISEMBER 2018


ISI KANDUNGAN


1.0
Pendahuluan
2.0
Pantang larang dari sudut kaum Melayu.

 2.1 Kehamilan dan kelahiran.
 2.2 Perkahwinan kaum Melayu.
 2.3 Pantang larang semasa perayaan.
 2.4 Pantang larang terhadap lelaki & perampuan.
3.0
Pantang larang dari sudut kaum India.

 3.1 Selepas kelahiran
 3.2 Perkahwinan kaum India.
 3.3 Pantang larang semasa perayaan.
 3.4 Pantang larang memotong rambut
4.0
Pantang larang dari sudut kaum Cina.

 4.1 Kehamilan
 4.2 Perkahwinan kaum Cina.
 4.3 Pantang larang perayaan.
5.0
Pantang larang dari sudut kaum Kristian

5.1 Perkahwinan kaum Kristian.
5.2 Pantang larang semasa perayaan
5.3 Konsep etika dan moral agama Kristian

6.0
Pantang larang dari sudut kaum Sikh

6.1 Kehamilan dan kelahiran
6.2 Perkahwinan kaum Sikh
6.3 Pantang larang semasa kematian

7.0
Kesimpulan
8.0
Rujukan
9.0
Lampiran


1.0 PENGENALAN
Malaysia merupakan salah satu Negara yang berbilang kaum yang dapat menjalani hidup dengan aman dan harmoni. Antara tiga kaum yang utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India telahpun menetap di tanah ini pada abad lamanya. Selain itu, Malaysia juga merupakan tanah air sebanyak 80 etnik, terutamanya di Malaysia timur. Antaranya termasuklah Baba dan Nyonya, Khadazandusun, Iban dan lain-lain.
Pantang larang merupakan kepercayaan mayarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Pantang larang adalah sesuatu perkara yang menyekat kita dari melakukan sesuatu kerana ada keburukkan disebaliknya. Ia selalunya diamalkan oleh orang-orang tua dikalangan masyarakat Melayu, Cina dan India. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pentingnya pantang larang sebagai adat yang perlu dipatuhi jelas diungkapkan melalui pepatah “biar mati anak, jangan mati adat.”
Pantang larang yang dikenakan oleh orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan. Sebahagian Pantang larang sudah menjadi amalan atau prinsip dalam kehidupan hari ini.
Segala pantang larang sebenarnya diperturunkan untuk kebaikan kaum itu sendiri seperti pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga semasa menganudung.Sebenarnya pantang larang yang diturunkan oleh nenek moyang mementingkan penjagaan kesihatan diri agar seseorang sentiasa sihat dan cergas.
Walaupun kaum Melayu, kaum Cina dan kaum India mempunyai pantang larang semasa perkahwinan, perayaan dan juga mengandung tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum-kaum adalah berbeza.Inilah menunjukkan Malaysia terdiri daripada kaum majmuk.



PANTANG LARANG KAUM DI MALAYSIA
2.0  KAUM MELAYU

Pantang larang orang Melayu tradisional merupakan kepercayaan masyarakat Melayu zaman lampau berkaitan dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Kebanyakan pantang larang diturunkan secara lisan turun kemurun. Pantang larang orang tua-tua bertujuan untuk mendidik masyarakat, khususnya generasi muda agar dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.
2.1 Kehamilan dan kelahiran

·         Dilarang mencaci atau meceritakan kecacatan, dikhuatiri anak bakal lahir juga akan mengalami cacat.
·         Dilarang memukul, mendera atau mencederakan binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.
·         Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir akan sumbing.
·         Dilarang melihat sesuatu yang ganjil, takut akan terkenan.
·         Dilarang makan sotong, nanti tali pusat anak boleh tercerut.
·         Dilarang minum air tebu dan kelapa serta memakan nenas, ia boleh menyebabkan gugur.


2.2 Perkahwinan kaum Melayu


·         Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk mengelak berlaku tohmahan masyarakat. Selain itu, ia bertujuan untuk mengawal nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri .



·         Jangan tidur di rumah orang lain takut terkena ilmu sihir. Ia juga untuk menjaga nama baik keluarga.


·         Jangan bebas keluar ke mana-mana kerana:
1.      Takut disantau oleh mereka yang mempunyai niat tidak baik.
2.      Untuk mengelakkan kedua pihak melanggar hukum agama.
3.    Untuk menghalang dari melakukan perkara tidak baik semasa dalam tempoh pertunangan.


·         Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin mengelakkan perut buncit.

           Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering kerana mempunyai bau yang kuat. Dibimbangi akan berbau yang tidak enak semasa berhadapan dengan tetamu.

      Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari perkara sihir.

·         Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam sungai, kolah. Boleh melemahkan organ seks.Terdapat hadis dalam perkara ini.

     Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi yang boleh menyebabkan kencing manis.Minuman bergas tidak baik untuk kesihatan. Kurangkan makan makanan yang manis kerana jika terkena kencing manis, lelaki tersebut  menghadapi masalah berat ketika bersama.


2.3 Pantang larang semasa perayaan

Pantang Larang Hari Raya Aidilfitri

·         Dilarang membazir dan bebelanja lebih-lebihan untuk menyambutnya. Selaras dengan tuntutan agama itu sendiri.
·         Memakai pakain bersih, cantik, dan juga wangi wangian.
·         Umat Islam yang kehilangan saudara mara Akan menziarahi pusara mereka dan menghadiahkan surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yasin.
·         Berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka bermaaf-maafan dan melupakan kisah silam yang lampau.
·         Memasang pelita di waktu malam untuk menyambut malam tujuh likur.
·         Pemberian wang kepada kanak-kanak oleh orang dewasa.
·         Mengadakan rumah terbuka ataupun berkunjung ke rumah terbuka yang diadakan.
·         Membuat dan menghidangkan juadah wajib seperti ketupat, lemang, rendang dan berbagai-bagai jenis makanan.

 Raya Aidiladha

·         Melakukan ibadah korban sebelum dibahagi-bahagikan daging korban kepada fakir miskin dan juga orang ramai.
·         Mengenakan pakaian bersih, cantik dan memakai wangi-wangian.
·         Melawati kubur-kubur sanak saudara dan sahabat handai yang telah pergi.
·         Disambut dengan adab kunjung mengunjung dan rumah terbuka.

2.4 pantang larang terhadap lelaki & perempuan
Pantang Larang Ke Atas Lelaki. 
·         Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.
·         Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.
·         Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.
·         Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.
·         Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.
2.1.6 Pantang Larang Ke Atas Perempuan
·         Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.
·         Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.
·         Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.
·         Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.
·         Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.


3.0 KAUM INDIA

3.1 Selepas kelahiran



Membawa bayi pulang ke rumah (Upacara aarati) sireh. Dulang yang mengandungi serbuk kunyit, kapur sirih yang dicairkan arang, sirih dan kapur barus yang dinyalakan diangkat dan diputar tiga kali mengikut arah jam dan juga lawan jam.

Dulang juga dilambai sebanyak tiga kali. Seterusnya para cumanggali akan mencelupkan ibu jarinya ke dalam dulang tersebut dan mencalitkan ke dahi ibu dan anak. Selain itu, mandi selepas bersalin. Mandian ini dilakukan dengan menyiram ke seluruh badan bayi dengan menggunakan air suam yang kadangkala dicampur dengan bahan-bahan herba. Ia bertujuan untuk mengelak penyakit sawan atau kuning. Susu juga digunakan sebagai bahan utama melembutkan kulit bayi.


Akhirnya, mendodoi bayi ia adalah amalan yang merupakan upacara yang paling penting dalam masyarakat India. Upacara mendodoi ini juga dikenali sebagai taalaattu bermaksud penggoyangan lidah. Upacara dimulakan dengan ucapan aaraaro aariraro atau cerita-cerita nasihat. Ia bertujuan agar bayi tersebut menjadi seorang yang berguna. Namun amalan ini semakin berkurangan dilakukan dan hanya diamalkan oleh generasi dahulu sahaja.

3.2 Perkahwinan kaum India



Perkahwinan kaum India di Malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam, eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam. Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut oleh kaum India semasa perkahwinan.
Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikut serta kerana dianggap tidak sopan.



Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung, kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan, jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut akan tidak dapat dijalankan dengan lancar.
Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil, maka hanya sayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu, kerana agama hindu melarang makan daging lembu.




3.3 Pantang larang semasa perayaan

Deepavali



Hari Deepavali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut Hindu di seluruh dunia. Perkataan deepavali merupakan gabungan perkataan ‘Dipa’ yang berarti cahaya dan perkataan ‘Gavali’ yang bererti barisan. Perayaan ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam calendar Tamil (antara bulan oktober dan November). Perayaan ini juga dikenali sebagai pesta cahaya. Cahaya bermaksud ‘harapan’,’kemenangan’ dan ‘kebahagian’.
Pada petang sebelum perayaan, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk makan malam bersama dengan pelbagai jenis makanan dihidangkan tradisi kaum India. Pada waktu malam pula diadakan upacara mesti memasang pelita oleh seluruh ahli keluarga. Pelita yang dipasang dipercayai bahawa kecerahan dapat mengatasi segala kejahatan. Terdapat juga upacara menyusun beras atau hampas kepala yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Upacara ini membawa maksud yang mandalam kepada semua penganut Hindu termasuk makluk kecil di dunia ini, misalnya semut sebagai tanda ucap selamat datang kepada para tetamu.
Pada pagi perayaan, seluruh ahli keluarga perlu bangun pagi sebelum matahari terbit untuk mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dan membersihkan diri. Mereka perlu mandi dengan minyak bijan yang akan disapukan ke atas kepala setiap ahli keluarga oleh mereka yang lebih tua seperti ibu atau nenek. Mengikut kepercayaan kaum India, mandi minyak bijan diibarat mandi di sungai Ganges untuk tujuan membersihkan diri dari segala kejahatan dan sifat dengki.
Selepas mendi, pakaian yang dipakai mestilah warna yang garang seperti merah, biru dan oren. Mereka dilarang berpakai pakaian yang berwarna hitam atau putih yang lebih bermaksud kesedihan. Selepas itu, barulah bersalam dan memohon maaf dengan kedua ibu bapa dan ahli keluarga yang lain. Upacara sembahyang dijalankan di kuil bagi mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga yang telah meninggal dunia.


3.4 Dilarang memotong rambut pada hari selasa, khamis dan sabtu



Ini adalah kerana orang-orang tua percaya bahawa pada hari-hari tersebut, planet memancarkam sinar yang boleh mengahayakan kesihatan dan kesejahteraan seseorang. Ia dikatakan bahagian otak manusia memainkan peranan penting bagi kita, dan mengikut kepercayaan, memotong rambut pada hari-hari dimana sinar akan dipancarkan mempunyai kesan negatif ke atas kepala.
Sila rujuk perkara di bawah untuk mengetahui lebih lanjut mengenai signifikasi hari-hari tersebut dari segi konteks agama dan sudut astrologi.

·         Hari selesa
~        Agama: sekiranya ada memotong rambut pada hari selasa, jangka hayat hidup anda dipendekkan sebanyak 8 bulan.

·         Hari Khamis
~        Khamis merupakan hari Dewi Lakshmi (Dewi Kekayaan). Sekiranya anda memotong rambut pada hari ini, anda akan sentiasa tidak mempunyai wang yang cukup.

·         Sabtu
~        Sabtu merupakan hari planet Zuhai, yang menandakan kematian serta meningkatkan kehidupan. Memotong rambut anda pada hari ini akan menyebabkan anda berisiko kehilangan 7 bulan dari jangka hayat hidup anda.





Si ‘Mata Jahat’



Anda pernah melihat buah limau dan cili diikat bersama di pintu hadapan rumah jiran-jiran anda? Itulan Nimbu-Mirchi-Totka dan ia digunakan untuk menghindarkan ‘mata jahat’, yang boleh membawa aura negative kedalam rumah.
Adalah dipercayai bahawa Nimbu-Mirchi-Totka digunakan untuk menghalang dewi Alakshmi (kakak kepada dewin Lakshmi) daripada berada dekat dengan rumah kerama dia dipercayai membawa kemiskinan dan kesengsaraan. Dia juga suka akan benda yang masam, berperisa kuat dan pedas. Limau dan cili yng diikat diluar adalah untuk mengalihkan perhatian Dewi Alakshmi dan juga supaya dia beredar dari rumah tanpa mengutuskan ‘mata jahat’ ke dalam rumah.



4.0 KAUM CINA

Masyarakat Cina mempunyai pantang larang yang agak unik. Kehidupan seharian mereka dipengaruhi oleh persekitaran dan alam sekililing mereka banyak bergantung kepada nasib. Dalam pelbagai perkara, tukang titik mempunyai peranan yang besar sebagai pakar rujuk dalam hal-hal kelahiran, perkahwinan dan kematian.

4.1 Pantang Larang ibu Cina Semasa mengandung

1. Dilarang makan daging arnab
Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan mempunyai bibir arnab.
2. Dilarang makan daging anjing.
     Jika memakani, bayi yang dilahirkan akan suka mengigit orang, terutamanya masa                    menyusui bayi.
3. Dilarang makan daging ayam jantan.
Barulah bayi tidak menangis pada tengah malam.
4. Dilarang makan ketam.
     Barulah bayi tidak asyik mengeluarkan air liuh.
5. Dilarang makan makanan yang bersifat sejuk. Seperti ais-krim, tembikai.
     Kemungkinan membawa kepada masalah keguguran bayi.
6. DIlarang mengambil gunting atau penyepit kuku
     Bayi yang dilahirkan Akan mengalami kecacatan.
7. Dilarang mengangkat tangan melebihi paras bahu.
     Ibu tidak mudah mengimbangi diri.
8. Dilarang tepuk bahu ibu.
     Ibu mudah terkejut dan mengakibatkan keguguran bayi.
9. Dilarang menyidai baju.
     Kononnya akan mengakibatkan keguguran bayi.
10. Dilarang menghadiri upacara perkahwinan.
    Upacara perkahwinan akan mempengaruhi emosi ibu, dan mempengaruhi bayi secara tidak langsung.


4.2 Perkahwinan Orang Cina




   



·         Bakal pengantin tidak digelakkan untuk menghadiri majlis kebumian selama 3 bulan sebelum dan selepas majlis perkahwinan.
·         Hiasan dalam majlis perkahwinan tidak digalak untuk menggunakan warna putih,biru tua,hitam dan hijau.
·         Dalam bilik pengantin baru, katil meja dan almari perlu diletakkan dalam kedudukan yang biasan dan bukannya sudut bilik.
·         Nombor genap sering digunakan dalam majlis perkahwinan. Menurut kepercayaan orang cina, majlis perkahwinan yang tidak mengikut protokol yaqng ditetapkan adalah perkahwinan yang tidak sah.



4.3 Pantang larang semasa perayaan

Pantang Larang Tahun Baru Cina 










Walaupun kehidupan kini yang serba moden, adat resam ini masih dikekalkan dan tetap diamalkan sehingga kini.Malah, kebanyakan remaja Cina masih mempercayai dan mengamalkan adat berkenaan supaya ia dapat dipertahankan sepanjang zaman.Seperti dengan kaum-kaum lain,bangsa cina mempunyai beberapa pantang larang sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pantang larang yang amat diutamakan bagi kaum cina ialah orang Cina mempercayai bahawa mereka tidak boleh menyapu rumah pada hari raya pertama kerana menganggap ia boleh membuang segala keuntungan atau “ong” yangada.
Masyarakat Cina turut percaya bahawa mereka akan ditimpa malang jika pinggan mangkuk yang digunakan pada hari sambutan itu telah pecah.Oleh itu, mereka akan pastikan sentiasa berhati-hati ketika melakukan kerjarumah.
Acara makan beramai-ramai pada waktu malam sehari sebelum hari Tahun Baru Cina  paling dinantikan kerana ia dapat memperlihatkan perpaduan dan keakraban sesebuah keluarga yang dapat bersama-sama berkumpul bagi merayakannya.Biasanya baga orang tua,mereka rasa bahawa  walau sesibuk manapun individu terbabit dengan pelajaran, kerjaya, perniagaan ataupun urusan seharian mereka, sambutan acara ini tidak boleh dilepaskan.
Perkataan yang tidak sopan dan bermakna buruk tidak digalak sempena perayaan Tahun Baru Cina.Antaranya ialah seperti perkataan mati, hantu ataupun cakap kotor amat dielakkan pada masa raya.Kaum cina mempercayai bahawa ini akan membawa buruk sepanjang tahun tersebut.
Mereka masih mengenakan pakaian berwarna merah dan mengelakkan pemakaian baju warna hitam kerana beranggapan ketika menyambut sesuatu perayaan, untuk kelihatan ceria.Warna hitam akan membawa buruk bagi orang cina.
Selain itu, pemberian angpau masih tetap   diamalkan iaitu bagi pasangan yang sudah berkahwin mereka perlu memberikan angpau kepada kanak-kanak dan mereka yang belum berkahwin.Malah, sekiranya individu berkenaan sudah lanjut usia, tetapi masih belum berkahwin, dia tetap akan mendapat pemberian angpau. Sama ada dia menerimanya ataupun tidak, bergantung kepada individu-individu.
Kewujudan pantang-larang boleh dikatakan adalah untuk membimbing perlakuan supaya tidak termasuk dalam kategori masyarakat tidak beradab.Baginya saya, walaupun zaman semakin moden berbanding dengan dahulu, perayaan, adat resam dan pantang-larang yang diperturunkan tidak boleh dipandang rendah.Adat resam yang diperturunkan patut mengekalkan dan memberi tahu kepada generasi yang akan datang.



5.0 KAUM IBAN

Pantang Larang Sewaktu Mengandung
  • tidak dibenarkan memotong pokok yang menjalar di atas tanah kerana dikhuatiri berlakunya pendarahan berterusan semasa si ibu melahirkan.
  • dilarang menggali parit dikawasan padi atau dimana mana sahaja
  • dilarang memecahkan telur menggunakan pisau atau kayu kerana dikhuatiri bayi cacat.
  • dilarang membawa kura-kura ke bilik kerana dikhuatiri bayi tersangkut semasa dilahirkan.
  • bakal ibu juga dilarang menuang minyak di tapak tangan untuk disapu ke rambut kerana dikhuatiri bayi yang akan lahir daripada menanah.
  • tidak boleh memikul batu bata tajam di dalam raga kerana dikhuatiri bayi akan lumpuh
Adat selepas bersalin
  •  Sebaik sahaja bayi dilahirkan , ahli keluarga akan memalu buluh yang dikenali sebagai potong oleh masyarakat Iban sebagai tanda bayi telah dilahirkan dan untuk memanggil jiran tetangga
  • bayi dibersihkan bayi akan dibalut atau dibedung menggunakan kain khas yang dipanggil sebagai kain pua kumbu atau kain yang di sulam.
  • Si ibu akan diurut oleh bidan, bertujuan menghilangkan kesakitan selepas bersalin. Seterusnya ubat yang diperbuat daripada halia dan entemu dibalut dengan kekalung iaitu sejenis kain yang di perbuat daripada kulit kayu akan di sapu pada badan si ibu
  • Sepanjang tempoh berpantang si ibu perlu menjaga pemakanan selama 30 hari dan berdiang selama 40 hari. Semasa berpantang makanan, si ibu hanya dibenarkan memakan nasi bersama ikan kering atau ikan salai dan pucuk paku atau buah pulur. Makanan tersebut pula perlu dicampur dengan air rebusan halia bagi memanaskan badan si ibu.
  • Berdiang atau bersalai ialah duduk berhampiran unggun api. Unggun api perlu menggunakan kayu api yang dikhaskan, iaitu kayu malam dan kayu langsat. Hal ini demikian kerana kayu tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Sepanjang tempoh 40 hari ini, si ibu perlu mencalitkan kapur pada tiang rumah sebagai penandahari. Tujuan bersalai adalah menghilangkan penyakit ibu yang baru bersalin
Adat Pemilihan Nama Kepada Bayi
  • Dua nama terbaik akan dipilih dan diletakkan di atas dua keping papan yang berlainan. Seterusnya gumpalan nasi diletakkan di atas papan tersebut. Seekor ayam jantan akan dilepaskan supaya memagut salah satu gumpalan nasi. Hal ini bermakna nama yang terdapat pada gumpalan nasi yang dipagutoleh ayam akan menjadi pilihan untuk nama bayi.
     Adat Perkahwinan


      1)  Merisik
  •     seorang teruna telah berkenan pada seorang gadis, dan keluarga lelaki akan datang merisik ke rumah gadis berkenaan.
  •      Perjumpaan antara dua keluarga ini dipanggil sebagai ‘berbunga-bunga’ atau ‘berjarum-jarum’.
  •      mereka akan berbincang dalam menentukan syarat-syarat perkahwinan dan berian.
  •     Keluarga pihak lelaki akan menghantar rombongan meminang gadis jika hasil pertemuan ini baik dan menggalakkan.
2)  Bertunang 
  •    dilangsungkan dengan cara bapa pihak lelaki akan menanggalkam “lapit” atau ikat pinggang  atau turut dikenali sebilah pedang sebagi tanda ikatan pertunangan.
  •     Setelah ikatan pertunangan terjalin, perempuan yang telah ditunangkan tidak dibenarkan untuk menerima kunjungan dari lelaki lain.
  •      sebentuk cincin dipakai oleh pasangan dan harus sentiasa dipakai.
Pantang Larang Ketika Makan
  •       seseorang harus menjaga kebersihan diri dan tangan.
  •       mereka dilarang meminum air sebelum dan semasa makan
  •       selepas makan mereka dilarang tidur dan mandi

       Pantang Larang Ketika Tidur
  •       mereka dilarang menunjuk dahan reput di atas pokok
  •   dilarang tidur dikawasan terlalu bersih atau terlalu cantik kerana percaya kawasan  itu berpenunggu
          Pantang Larang Untuk Sukan

  •      tidak dibenarkan mandi selepas bersukan
         Pantang Larang Budaya Mengurut
  •     dilarang mandi selepas berurut kerana boleh menambahkan lagi kesakitan dan keuzuran
Adat Kematian Masyarakat Iban
  •      mendapati seseorang itu mati ialah merapatkan mulutnya. Ini dilakukan oleh ahli keluarganya. Kemudian mayat dimandikan, disikat dan dikenakan pakaian yang sebaik-baiknya.
  •      pintu rumah panjang juga perlu digalang dengan dua batang alu. Mereka percaya, jika perkara ini tidak dilakukan, hantu si mati akan membawa pulang roh si mati. Kemudian mayat diletakkan di tengah-tengah rumah panjang dan dilingkungi dengan pua kumbu yang dipanggil sapat.
  •     seorang wanita yang mahir ditugaskan membaca doa. Dengan doa itu, roh si mati dipercayai dapat dibawa ke syurga tanpa sebarang halangan. Doa itu akan dibaca berterusan sehinggalah mayat dibawa keluar dari rumah panjang.
  •     sepanjang malam sebelum pengebumian dijalankan, orang-orang tua akan berbincang tentang jangka masa berkabung dan berpantang
  •      Apabila mayat itu dimasukkan ke dalam keranda, mayat itu disuakan makanan menggunakan pinggan. Kemudian pinggan itu dipecahkan dan dibuang ke tanah melalui celahan lantai.
  •       Mayat itu kemudiannya ditaburi beras supaya petara tidak menyiksa mayat itu.



6.0 KAUM SIKH

6.1 Pantang larang semasa kehamilan dan kelahiran

a)      Mengandung
Bagi masyarakat Sikh apabila seseorang wanita itu mengandung ia perlu mengikut segala pantang larang yang terdapat dalam masyarakat mereka untuk menjaga keselamatan ibu dan kamdungannya. Antara pantang larang yang dikatakan adalah seperti berikut :

·         Ibu mengandung tidak dibenarkan makan buah yang berkembar kerana dikhuatiri boleh menyebabkan mendapat anak kembar. Mendapat anak kembar bukanlah suatu pantang larang di dalam masyarakat Sikh tetapi kelahiran anak kembar besar kemungkinan akan mendatangkan beban kepada sesetengah keluarga terutamanya keluarga yang susah.
·         Ibu mengandung juga tidak dibenarkan memegang objek tajam seperti pisau atau gunting dan tidak boleh memotong apa- apa ketika gerhana matahari. Mengikut kepercayaan mereka, perbuatan tersebut boleh menyebabkan anak lahir dalam keadaan calar- balar di muka dan tidak cantik.
·         Mengikut kepercayaan kaum Sikh, selepas kelahiran sekiranya anak itu tidak berhenti menangis, keluarganya perlu ke tempat uri ditanam dan dipukul tanah itu untuk menghentikan tangisan.
·         Hari lahir pula tidak boleh disambut sebelum tarikh lahirnya, mesti disambut selepas atau pada hari lahirnya kerana ia boleh menyebabkan pendek umur.

b)     Kelahiran Bayi
Apabila lahirnya seorang bayi, ia juga terdapat pantang larang yang perlu diikuti. Hal ini kerana ingin menjaga kesihatan anak-anak mereka serta ia merupakan amalan yang perlu dilakukan oleh setiap penganut punjabi. Antara amalan-amalannya ialah :

·         Pemberian nama merupakan upacara penting yang dikenali sebagai Naamkaran. Bayi yang baru lahir akan diberi nama setelah Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan mengikut huruf pertama di dalam muka surat tersebut.
·         Nama akhir atau nama belakang penganut Sikh adalah sama, berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki manakala Kaur bagi perempuan. Singh bermaksud ‘Singa’ manakala Kaur memberi maksud ‘Puteri’.
·         Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun, satu upacara akan dijalankan iaitu upacara pemakaian serban. Upacara ini dipanggil Dastar Bandhni lazimnya dilakukan oleh para agama Sikh yang dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
·         Bagi kaum lelaki mereka tidak dibenarkan memotong rambut. Jika dipotong ia adalah satu kesalahan dalam agama mereka dan dianggap berdosa.



6.2 Perkahwinan kaum Sikh




Dalam adat perkahwinan pula, terdapat amalan yang perlu diikuti oleh masyarakat Sikh supaya perkahwinan mereka akan berjalan dengan lancar dan sempurna serta ia menjaga ikatan perkahwinan yang terjalin antara kedua keluarga.
·         Perkahwinan adalah penyatuan dua roh menjadi satu. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara manusia dengan Tuhan iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut Sikh.
·         Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan belanja yang banyak bukan sekadar membayar dowri (hantaran) tetapi juga perlu menyediakan cincin emas bukan sahaja untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibubapa pengantin lelaki juga.
·         Proses peminangan atau pemilihan jodoh juga bermula dengan pihak perempuan.
·         Ketika upacara perkahwinan dilakukan, pasangan pengantin perlu berjalan mengelilingi Kitab Guru Granthsahib sebanyak 4 kali.
·         Pihak perempuan dan lelaki perlu menyapu kunyit pada mata, tangan dan kaki sebagai menyuci atau membersihkan diri daripada kekotoran.
·         Benda wajib yang perlu disediakan pada hari perkahwinan adalah sebentuk cincin.
·         Bagi pengantin perempuan, di wajibkan untuk memakai pakaian yang berwarna merah dan merah jambu sahaja.

6.3 Pantang larang semasa kematian



Kematian ialah terpisahnya antara roh dan jasad bagi seseorang manusia. Dalam sesebuah keluarga yang kehilangan saudara mereka, amalan yang perlu dilakukan adalah seperti berikut:

  • Masyarakat Sikh mengurus mayat dengan membakar mayat.
  • Lelaki akan dipakaikan dengan pakaian putih dan serban.
  • Perempuan dipakaikan baju pengantin dan disolek dengan cantik.
  • Mayat yang telah dibakar akan dibiarkan sehari dan keesokannya baru dibenarkan untuk mengambil abu mayat.
  • Abu mayat akan diletakan dalam bekas tanah liat dan dibalut dengan kain merah dan dilepaskan ke laut.
  • Hari ke 10 atau 14 akan diadakan kenduri dan bacaan doa untuk si mati akan dibaca sepanjang kenduri diadakan.


7.0 KESIMPULAN


Berdasarkan huraian sebelumnya kami dapat menyimpulkan beberapa hal iaitu sebagai berikut, tujuan pantang larang diamalkan dalam masyarakat di Negara ini  kerana untuk kesedaran kebersihan. Sebagai buktinya, kewujudan sesetengah pantang larang adalah untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat dalam kehidupan seharian. Kesedaran kebersihan ini penting kerana ia mampu  menjejejaskan kesihatan seseorang.
Selain itu, Islam juga telah menetapkan dan mengatur batas-batas dalam pergaulan bebas diantaranya dengan menjaga pandangan mata dan memelihara kehormatan (tajri). Islam tidak mengaku dan mengatur tata cara seperti yang ada pada saat ini.
Walaupun Negara kita terdiri daripada berbilang kaum, tetapi pantang larang yang diamalkan oleh kaum Melayu, Cina dan India adalah untuk satu tujuan iaitu untuk kebaikan sendiri. Ini bermaksud, pantang larang perlu dipatuhi semasa perkahwinan, perayaan, dan juga semasa hamil untuk mengelakkan sesuatu yang malang berlaku.

Oleh itu, pantang larang dan adat di antara kaum haruslah diteruskan kepada generasi akan datang. Hal ini kerana, apabila pantang larang ini diteruskan ia akan dapat membantu anak-anak dalam generasi pada masa akan datang. Ia juga dapat memberikan pelbagai manfaat kepada mereka dan dapat mengekalkan pantang larang tersebut ke generasi lain.


8.0 RUJUKAN



Religions of South Asia; Sushil Mittal, Gene Thursby, New York, First Published 2006.
The Sacred Paths of The East; Theodore M. Ludwig, Prentice Hall 2001.

9.0 LAMPIRAN

Keunikan Masjid Putrajaya (MELAYU)

"kolam" rekaan burung merak merupakan lambang penyembahan dewa Lakshmi (HINDU)


Tempat penyembahan kaum cina (BUDDHA)


Semangat patriotik berbilang kaum







No comments:

Post a Comment

DUA 6022: KOMUNIKASI DAN PENYIARAN DALAM ISLAM TAJUK: SETIAP KAUM MEMPUNYAI PANTANG LARANG TERSENDIRI. BINCANGKAN DARI SUDUT SOSIO...